



MAKLUMAT KORPORAT
Penubuhan Pusat Kajian Pemikiran dan Ketamadunan Islam Negeri Pulau Pinang (Al-Hady Centre) merupakan satu janji Kerajaan Negeri Pulau Pinang di dalam Manifesto PRU ke-14 pada tahun 2018M. Sehubungan dengan itu, beberapa siri bengkel dan mesyuarat telah diadakan bagi merealisasikan penubuhan AHC ini. Keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) Agama telah memutuskan Al-Hady Centre diposisikan di Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang.
Rasional Al-Hady Centre adalah bersempena dengan nama seorang tokoh pembaharuan pendidikan Islam di Pulau Pinang, iaitu Syed Syeikh Al-Hady. Al-Hady Centre berperanan sebagai sebuah entiti atau pusat tanggungjawab bersifat keaslian dan novelty yang mengintegrasikan pemikiran dan ketamadunan bagi tujuan penyelidikan dalam bidang Politik, Ekonomi, Sosial dan Sains & Teknologi dari perspektif Islam.
Pelancaran penubuhan Al-Hady Centre telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 26 Mei 2022 bersamaan 24 Syawal 1443H bertempat di Dataran Akademik Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang. Penubuhan Al-Hady Centre adalah selari dengan Agenda Pembangunan Agama Islam 2030 (APAI 2030) untuk memacu lonjakan pembangunan Islam Pulau Pinang serta mempersiap dan memberdayakan umat Islam yang terbaik untuk Pulau Pinang menerusi program pembangunan keilmuan.


OBJEKTIF
Memperkukuh ekosistem program penyelidikan dan rundingan melalui gabungan empat (4) bidang penyelidikan AHC.
Memperkasakan penyelidikan yang merentas empat (4) bidang utama AHC iaitu Politik, Ekonomi, Sosial dan Sains & Teknologi dari perspektif Islam.
FOKUS
Al-Hady Centre mendahului dan mengetuai dalam pembangunan dasar dan polisi utama menerusi bidang penyelidikan seperti berikut:


Al-Hady Centre sebagai entiti transformasi dalam ekosistem Corporate Social Responsibility (CSR) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Wakaf MAINPP.
Al-Hady Centre sebagai entiti yang menyediakan khidmat rundingan kepada pemegang taruh negeri Pulau Pinang.
Al-Hady Centre memperkukuh penyelidikan secara holistik.